Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Friday, September 25, 2009

Alkisah ....

Nama saya Muhammad Basyiruddin bin Azman. Dilahirkan 13 tahun yang lalu di Gerik. Ayah saya orang Mentakab, Pahang dan ibu saya pulak orang Batu Gajah, Perak. Haah ... pasai tu la nama blog saya ni 'teman' @ 'koi' iaitu gabungan gantinama 'saya' di negeri asal ayah dan ibu saya :-). Orang Perak bahasakan diri sendiri sebagai 'teman' manakala orang Pahang guna 'koi'. Unik kan ...

Okey ... untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan blog pertama saya. Maaf ... mungkin ada yang tidak sempurna. Untuk blog ini saya tidak ada fokus tertentu. Saya akan cuba menulis apa yang terlintas difikiran saya. Tentang diri saya, minat saya, negeri asal saya dan macam-macam lagi. Anda tengoklah apa hasilnya .....